Sunday 12 August 2012

~bahagian 4..kerja kursus geografi..~

....sambungan bahagian 3....
baiklah pelajar disini sambungan untuk bahagian 4 bagi folio geografi kamu..cikgu harapkan kamu semua terutamanya pelajar 2k dapat menggunakannya sebagai panduan..

6.5 Menghuraikan puca pencemaran alam sekitar di kawasan Gurun

Melalu pemerhatian dan temubual yang dijalankan oleh saya dan rakan-rakan.aktiviti pencemaran yang berlaku di kawasan kajian berpunca daripada beberapa faktor iaitu:
 a. pembuangan sampah
    Pencemaran darat berlaku ekoran pembuangan sampah seperti plastik, kertas, bungkusan minuman, tin aluminium yang berpunca daripada aktiviti ekonomi penduduk sekitar. Selain itu, kegiatan industri makanan segera seperti kedai makanan dan minuman yang menghasilkan pelbagai sisa pepejal misalnya plastik setiap hari. Sisa pepejal ini terdapat di dalam longkang dan sekitar tong sampah secara terbiar.

b. Aktiviti perkhidmatan
Aktiviti perkhidmatan seperti kedai membaiki motosikal, kereta dan lori di sekitar kawasan Gurun juga menyebabkan pencemaran. Misalnya kegiatan ini aka menghasilkan bahan buangan kimia seperti minyak dan tayar lama. Sisa-sisa ii tidak dirawat dan pada masa yang sama dialirkan ke dalam sungai. hal ini telah menyebabkan pencemaran sungai.

c. Pertanian
Aktiviti pertanian iaitu penanaman kelapa sawit yang memerlukan banyak baja kimia dan bahan kimia lain seperti racun serangga untuk kesuburan dan penjagaan kelapa sawit tersebut. Oleh yang demikian, bahan kimia ini akan larut dalam air dan mengalir ke sungai apabila hujan. Kejadian ini akan menyebabkan kualiti air sungai terutamanya Sungai Kunyit menurun.

6.6 Menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar
Melalui pemerhatian yang saya jalankan terdapat beberapa kesan pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan kajian antaranya ialah
a. Bau Busuk
Pembuangan sampah dan sisa pepejal seperti minyak dan tayar tanpa menghiraukan penduduk sekitar telah menyebabkan bau busuk dan kurang enak terhasil. Salah seorang penduduk Gurun berpendapat sisa pepejal yang dikeluarkan mestilah diuruskan dengan betul dan denda mesti dikenakan untuk mengelakkan pencemaran. Sampah yang terkumpul di sungai akan menyebabkan air mengalir perlahan dan menghasilkan bau yang busuk.

b. masalah kesihatan
kesan pencemaran akan menyebabkan masalah kesihatan kepada penduduk sekitar misalnya air yang mengalir dalam sungai tercemar dan digunakan oleh penduduk. Air tersebut mengandungi bahan toksin dan bahan kimia dan sekiranya penduduk menggunakan air terbut akan menyebabkan penyakit. selain itu, sisa pepejal yang terkumpul dengan banyak di kawasan perumahan mengundang vektor seperti lalat dan tikus yang boleh menyebabkan penyakit seperti taun yang membahayakan kesihatan.

c. hidupan akuatik terancam
Pencemaran air sungai menyebabkan kehidupan air seperti ikan dan spesis hidupan air lain tidak dapat hidup dan akhirnya mati. Sampah dan sisa pepejal yang terampai menyebabkan udara tidak dapat menembusi permukaan air untuk digunakan oleh hidupan laut. selain itu, bahan kimia seperti minyak dan racun serangga menyebabkan kematian hidupan air.

6.7 Mencadangkan langkah mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar.
beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar berdasarkn rujukan dan temubual yang telah saya jalankan..antaranya ialah
a. Kitar semula
Aktiviti kitar semula hendaklah dijalankan untuk menjimaatkan sumber seterusnya menjadikan alam sekitar selamat. misalnya pengusaha makanan segera perlu mengasingkan bahan bungan seperti plastik, tin minuman untuk dikitar semula. Kitar semula adalah langkah yang selamat untuk menyelamatkan bumi dari pencemaran dan seterusnya untuk keberlangsungan sumber kepada generasi akan datang.

b. pendidikan
Pelajar sekolah dididik supaya mencintai alam sekitar dan menghargai alam sekitar. Misalnya pendidikn mengenai alam sekitar telah dijalankan dalam matapelajaran Sains dan geografi yang mengajar pelajar untuk menghargai alam sekitar. Hal ini sedikit sebanyak dapat membentuk pelajar supaya mengahargai dan mencintai serta memberi kesedaran supaya tidak melakukan pencemaran terhadap alam sekitar. Bak kata pepatah " melentur buluh biarlah dari rebungnya" oleh itu, pendidikan mestilah bermula dari peringkat awal  lagi supaya generasi akan datang akan mewarisi sumber alam yang ada.

c. Kuat Kuasa Undang-undang
Seterusnya langkah yang boleh diambil adalah melalui kuatkuasa undang-undang. Manusia dididik sejak awal lagi mengenai undang-undang iaitu peraturan yang perlu diikuti untuk kesejahteraan sejagat. Oleh itu, undang-undang sangat perlu untuk menjadikan manusia lebih menghargai alam misalnya mengenakan tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang membuang sampah atau sisa pepejal yang belum dirawat atau dibuang merata tempat. Mengenakan tindakan undang-undang kepada peniaga yang membuang bahan kimia secara terus ke dalam sungai. Jika undang-undang mengenai alam sekitar dikuatkuasa dengan baik sudah tentu pencemaran dapat dikurangkan.

....................baiklah setakat ini sahaja..cikgu sudah beri dapatan kajian..cuma yang tinggal bahan grafik, rumusan dan rujukan...siapkan yang bahagian ini dulu ok..bersambung....

No comments:

Post a Comment