Sunday 12 August 2012

~bahagian 3..kerja kursus geografi~

...........sambungan bahagian 2....
cikgu nak ingatkan pelajar..jika kamu menggunakan komputer kamu perlulah menggunakan spacing 2.0
dan tulisan times roman 12 atau arial 11..kalau tulisan tangan pastikan tulisan kamu kemas dan senang dibaca..

6.0 Dapatan Kajian
6.1 Menyatakan maksud kegiatan ekonomi dengan tepat dan jelas

Ekonomi bermaksud kegiatan mengeluarkan barang-barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna dan melibatkan cara menguruskan wang dan kekayaan. Aktiviti ekonomi menggunakan mata wang sebagai alat pertukaran barang. Dalam kajian, saya menumpukan kepada aktiviti atau kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan SMK Gurun, Taman Suria dan kawasan berdekatan anak Sungai Kunyit. Tujuan kegiatan ekonomi dijalankan adalah untuk mendapatkan keuntungan ekoran daripada penjualan baangan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.

6.2 Menyenaraikan dan menghuraikan jenis-jenis kegiatan ekonomi di kawasan Gurun

Kawasan kajian meliputi SMK Gurun, sekitar kawasan perumahan Taman Seri Utama dan anak sungai Kunyit. Aktiviti ekonomi yang dijalankan adalah seperti berikut :
 a. aktiviti koperasi SMK Gurun yang menjual makanan sperti keropok, minuman tin, alat tulis, pakaian sekolah dan perkhidmatan fotostat.
b. kantin SMK Gurun yang menjual makanan dan minuman
c. Industri makanan segera, kedai runcit, perkhidmatan (kedai memabaiki motor dan kereta)
d. Aktiviti pertanian seperti mengusahakan tanaman kelapa sawit.

6.3 Menyatakan konsep pencemaran alam sekitar dengan tepat dan jelas

Pencemaran bermaksud merosakkan atau tidak bersih. Definisi ini juga boleh dirujuk kepada kes-kes yang berlaku misalnya pencemaran berlaku apabila sesuatu yang bersih dan baik dicerobohi oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan sistem dan nilai alam. Pencemaran alam sekitar dapat ditakrifkan sebagai penurunan kualiti alam sekitar. Sikap manusia yang tidak beretika akhirnya menyebabkan kerosakan dan perubahan.

6.4 Menyenaraikan jenis-jenis pencemaran

Pencemaran alam sekitar terjadi akibat daripada aktiviti manusia. Kajian yang dilakukan tertumpu pada pencemaran darat dan air di kawasan SMK Gurun termasuklah kawasan perumahan Taman Sri Utama dan sekitar anak sungai Kunyit.
        Pencemarana air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai untuk digunakan. Pencemaran air merupakan perubahan yang berlaku di sesuatu tempat seperti sungai ekoran aktiviti manusia.
       Pencemaran darat pula membawa maksud perubahan pandang darat fizikal yang berlaku ekoran pembuangan bahan pepejal plastik, kertas dan bahan aluminium yang tidak mudah diuraikan. Bahan pepejal ini tidak mudah terurai dan menghasilkan bau busuk serta mengubah lanskap pandang darat fizikal yang indah kepada suasana yang tidak menyenangkan.

...........................................................bersambung....................................................................

No comments:

Post a Comment