Tuesday 14 August 2012

~bahagian 5..kerja kursus geografi tingkatan 2~

~buat pelajar 2k yang disayangi..sambungan kerja kursus geografi bahagian 4..~

6.8 Bahan Grafik

untuk bahan grafik..kamu semua boleh memilih untuk buat yang mana kamu suka..
di sini cikgu bagi contoh untuk buat peta minda

1.tajuk : Kesan pencemaran alam sekitar di kawasan Gurun


Kesan pencemaran alam sekitar di kawasan gurun ................bau busuk
                                                                            ................hidupan akuatik musnah
                                                                           .................masalah kesihatan
                                                                           ................tanah berasid

disini kamu boleh la lukis peta minda ikut kreativiti kamu dan isikan maklumat yang telah diberi..pastikan ada tajuk ok..

2. jadual

Tajuk : Punca pencemaran alam sekitar di kawasan Gurun.

Punca Pencemaran
Bilangan responden
Peratus (%)
Pembuangan sampah
6
40
Industri makanan segera
4
27
Aktiviti perkhidmatan
3
20
Pertanian
2
13
Kedai pakaian
0
0
Jumlah
15
100


7.0 Rumusan

secara keseluruhannya pencemaran alam sekitar merupakan suatu fenomena yang sangat buruk ke atas alam dan hidupan manusia. Hal ini kerana pencemaran menyebabkan kualiti alam sekitar menurun dan memberi impak buruk ke atas kehidupan manusia. Sekiranya pencemaran ini tidak dikawal, sudah tentu sumber yang ada sekarang tidak dapat diwarisi oleh generasi akan datang. Punca-punca pencemaran yang sememangnya dihasilkan oleh manusia untuk memnuhi keperluan kehidupan seharian. Misalnya setiap aktiviti ekonomi menyumbang kepada pendapatan manusia tetapi aktiviti mereka setiap hari menyebabkan kerosakan terhadap alam. jadi sebagai manusia perlulah menyedari dan perlu menyemai sikap mencintai alam sekitar supaya tidak menyebabkan kerosakan terhadap alam. Selain itu, langkah pencegahan perlu dilakukan dengan segera dan sentiasa di kaji supaya dapat menyelamatkan alam dari diumusnahkan. Sebagai pelajar, saya haruslah mencintai alam sekitar dan menghargai alam sekitar supaya alam yang indah ini tidak akan musnah disebabkan oleh kerakusan manusia.

8.0 Rujukan
Buku Teks:
1. Chong Mui Seng (2000), Geografi Tingkatan 1, kuala lumpur, Johor Central Sdn. Bhd.
2. Mohd Jamil B. Mohamad dan rakan (2004), Geografi Tingkatan 3, Kuala Lumpur, Johor Central Sdn. Bhd

Buku Rujukan:
1. Piara Singh ( 2005), siri Teks Referens SPM Geografi Tingkatan 4 dan 5, Petaling Jaya, pearson Malay Sdn. Bhd
2.Chong Mui Seng (2008) Fokus PMR Tingkatan 1, 2 dan 3, kuala Lumpur, Sasbadi Sdn Bhd.

Internet
untuk bahagian ini kamu boleh letakkan laman web yang kamu rujuk..

Orang Sumber
1.Pn. habibah Ilias, seorang guru di SMK Gurun, kedah
2.En. Mat bin Kasa, seorang penduduk di Taman Gurun Jaya.



 



Sunday 12 August 2012

~bahagian 4..kerja kursus geografi..~

....sambungan bahagian 3....
baiklah pelajar disini sambungan untuk bahagian 4 bagi folio geografi kamu..cikgu harapkan kamu semua terutamanya pelajar 2k dapat menggunakannya sebagai panduan..

6.5 Menghuraikan puca pencemaran alam sekitar di kawasan Gurun

Melalu pemerhatian dan temubual yang dijalankan oleh saya dan rakan-rakan.aktiviti pencemaran yang berlaku di kawasan kajian berpunca daripada beberapa faktor iaitu:
 a. pembuangan sampah
    Pencemaran darat berlaku ekoran pembuangan sampah seperti plastik, kertas, bungkusan minuman, tin aluminium yang berpunca daripada aktiviti ekonomi penduduk sekitar. Selain itu, kegiatan industri makanan segera seperti kedai makanan dan minuman yang menghasilkan pelbagai sisa pepejal misalnya plastik setiap hari. Sisa pepejal ini terdapat di dalam longkang dan sekitar tong sampah secara terbiar.

b. Aktiviti perkhidmatan
Aktiviti perkhidmatan seperti kedai membaiki motosikal, kereta dan lori di sekitar kawasan Gurun juga menyebabkan pencemaran. Misalnya kegiatan ini aka menghasilkan bahan buangan kimia seperti minyak dan tayar lama. Sisa-sisa ii tidak dirawat dan pada masa yang sama dialirkan ke dalam sungai. hal ini telah menyebabkan pencemaran sungai.

c. Pertanian
Aktiviti pertanian iaitu penanaman kelapa sawit yang memerlukan banyak baja kimia dan bahan kimia lain seperti racun serangga untuk kesuburan dan penjagaan kelapa sawit tersebut. Oleh yang demikian, bahan kimia ini akan larut dalam air dan mengalir ke sungai apabila hujan. Kejadian ini akan menyebabkan kualiti air sungai terutamanya Sungai Kunyit menurun.

6.6 Menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar
Melalui pemerhatian yang saya jalankan terdapat beberapa kesan pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan kajian antaranya ialah
a. Bau Busuk
Pembuangan sampah dan sisa pepejal seperti minyak dan tayar tanpa menghiraukan penduduk sekitar telah menyebabkan bau busuk dan kurang enak terhasil. Salah seorang penduduk Gurun berpendapat sisa pepejal yang dikeluarkan mestilah diuruskan dengan betul dan denda mesti dikenakan untuk mengelakkan pencemaran. Sampah yang terkumpul di sungai akan menyebabkan air mengalir perlahan dan menghasilkan bau yang busuk.

b. masalah kesihatan
kesan pencemaran akan menyebabkan masalah kesihatan kepada penduduk sekitar misalnya air yang mengalir dalam sungai tercemar dan digunakan oleh penduduk. Air tersebut mengandungi bahan toksin dan bahan kimia dan sekiranya penduduk menggunakan air terbut akan menyebabkan penyakit. selain itu, sisa pepejal yang terkumpul dengan banyak di kawasan perumahan mengundang vektor seperti lalat dan tikus yang boleh menyebabkan penyakit seperti taun yang membahayakan kesihatan.

c. hidupan akuatik terancam
Pencemaran air sungai menyebabkan kehidupan air seperti ikan dan spesis hidupan air lain tidak dapat hidup dan akhirnya mati. Sampah dan sisa pepejal yang terampai menyebabkan udara tidak dapat menembusi permukaan air untuk digunakan oleh hidupan laut. selain itu, bahan kimia seperti minyak dan racun serangga menyebabkan kematian hidupan air.

6.7 Mencadangkan langkah mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar.
beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar berdasarkn rujukan dan temubual yang telah saya jalankan..antaranya ialah
a. Kitar semula
Aktiviti kitar semula hendaklah dijalankan untuk menjimaatkan sumber seterusnya menjadikan alam sekitar selamat. misalnya pengusaha makanan segera perlu mengasingkan bahan bungan seperti plastik, tin minuman untuk dikitar semula. Kitar semula adalah langkah yang selamat untuk menyelamatkan bumi dari pencemaran dan seterusnya untuk keberlangsungan sumber kepada generasi akan datang.

b. pendidikan
Pelajar sekolah dididik supaya mencintai alam sekitar dan menghargai alam sekitar. Misalnya pendidikn mengenai alam sekitar telah dijalankan dalam matapelajaran Sains dan geografi yang mengajar pelajar untuk menghargai alam sekitar. Hal ini sedikit sebanyak dapat membentuk pelajar supaya mengahargai dan mencintai serta memberi kesedaran supaya tidak melakukan pencemaran terhadap alam sekitar. Bak kata pepatah " melentur buluh biarlah dari rebungnya" oleh itu, pendidikan mestilah bermula dari peringkat awal  lagi supaya generasi akan datang akan mewarisi sumber alam yang ada.

c. Kuat Kuasa Undang-undang
Seterusnya langkah yang boleh diambil adalah melalui kuatkuasa undang-undang. Manusia dididik sejak awal lagi mengenai undang-undang iaitu peraturan yang perlu diikuti untuk kesejahteraan sejagat. Oleh itu, undang-undang sangat perlu untuk menjadikan manusia lebih menghargai alam misalnya mengenakan tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang membuang sampah atau sisa pepejal yang belum dirawat atau dibuang merata tempat. Mengenakan tindakan undang-undang kepada peniaga yang membuang bahan kimia secara terus ke dalam sungai. Jika undang-undang mengenai alam sekitar dikuatkuasa dengan baik sudah tentu pencemaran dapat dikurangkan.

....................baiklah setakat ini sahaja..cikgu sudah beri dapatan kajian..cuma yang tinggal bahan grafik, rumusan dan rujukan...siapkan yang bahagian ini dulu ok..bersambung....

~bahagian 3..kerja kursus geografi~

...........sambungan bahagian 2....
cikgu nak ingatkan pelajar..jika kamu menggunakan komputer kamu perlulah menggunakan spacing 2.0
dan tulisan times roman 12 atau arial 11..kalau tulisan tangan pastikan tulisan kamu kemas dan senang dibaca..

6.0 Dapatan Kajian
6.1 Menyatakan maksud kegiatan ekonomi dengan tepat dan jelas

Ekonomi bermaksud kegiatan mengeluarkan barang-barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna dan melibatkan cara menguruskan wang dan kekayaan. Aktiviti ekonomi menggunakan mata wang sebagai alat pertukaran barang. Dalam kajian, saya menumpukan kepada aktiviti atau kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan SMK Gurun, Taman Suria dan kawasan berdekatan anak Sungai Kunyit. Tujuan kegiatan ekonomi dijalankan adalah untuk mendapatkan keuntungan ekoran daripada penjualan baangan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.

6.2 Menyenaraikan dan menghuraikan jenis-jenis kegiatan ekonomi di kawasan Gurun

Kawasan kajian meliputi SMK Gurun, sekitar kawasan perumahan Taman Seri Utama dan anak sungai Kunyit. Aktiviti ekonomi yang dijalankan adalah seperti berikut :
 a. aktiviti koperasi SMK Gurun yang menjual makanan sperti keropok, minuman tin, alat tulis, pakaian sekolah dan perkhidmatan fotostat.
b. kantin SMK Gurun yang menjual makanan dan minuman
c. Industri makanan segera, kedai runcit, perkhidmatan (kedai memabaiki motor dan kereta)
d. Aktiviti pertanian seperti mengusahakan tanaman kelapa sawit.

6.3 Menyatakan konsep pencemaran alam sekitar dengan tepat dan jelas

Pencemaran bermaksud merosakkan atau tidak bersih. Definisi ini juga boleh dirujuk kepada kes-kes yang berlaku misalnya pencemaran berlaku apabila sesuatu yang bersih dan baik dicerobohi oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan sistem dan nilai alam. Pencemaran alam sekitar dapat ditakrifkan sebagai penurunan kualiti alam sekitar. Sikap manusia yang tidak beretika akhirnya menyebabkan kerosakan dan perubahan.

6.4 Menyenaraikan jenis-jenis pencemaran

Pencemaran alam sekitar terjadi akibat daripada aktiviti manusia. Kajian yang dilakukan tertumpu pada pencemaran darat dan air di kawasan SMK Gurun termasuklah kawasan perumahan Taman Sri Utama dan sekitar anak sungai Kunyit.
        Pencemarana air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai untuk digunakan. Pencemaran air merupakan perubahan yang berlaku di sesuatu tempat seperti sungai ekoran aktiviti manusia.
       Pencemaran darat pula membawa maksud perubahan pandang darat fizikal yang berlaku ekoran pembuangan bahan pepejal plastik, kertas dan bahan aluminium yang tidak mudah diuraikan. Bahan pepejal ini tidak mudah terurai dan menghasilkan bau busuk serta mengubah lanskap pandang darat fizikal yang indah kepada suasana yang tidak menyenangkan.

...........................................................bersambung....................................................................

~kerja kursus geografi tingkatan 2 bahagian 2~

sambungan dari bahagian 1....

5.0 Kaedah kajian

Sebelum memulakan kajian, saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan sistematik. Oleh itu, saya menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan hasil kajian antaranya ialah :

a. Pemerhatian
   saya membuat pemerhatian di kawasan gurun untuk mengenalpasti aktiviti ekonomi dan kesan aktiviti tersebut ke atas alam sekitar di kawasan gurun.

b. Temu bual
   saya juga menggunakan kaedah temubual dan telah menemubual beberapa orang penduduk kawasan gurun untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka tentang kegiatan ekonomi dan kesannya ke atas alam sekitar. Temubual dijalankan dengan penduduk kawasan Gurun yang telah lama menetap di kawasan kajian kerana mereka lebih berpengalaman tentang kawasan kajian

c. Rujukan
   saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan
    tentang kegiatan ekonomi dan pencemaran alam sekitar
..................................................................................bersambung................................................



~kerja kursus geografi tingkatan 2~


CONTOH KERJA KURSUS GEOGRAFI TINGKATAN 2
CIKGU HABIBAH ILIAS
TAJUK : KESAN KEGIATAN EKONOMI KE ATAS ALAM SEKITAR
DI KAWASAN GURUN, 08300 GURUN, KEDAH DARUL AMAN.
1.0 Penghargaan dan 2.0 Pendahuluan kamu semua boleh lihat contoh yang cikgu dah bagi
     ..kamu cuma isikan ruangan kosong yang disediakan dan sekiranya ingin menambah
      sangat dialu-alukan.

           3.0 Objektif Kajian
            a. menyatakan maksud kegiatan ekonomi dengan tepat dan jelas
            b. menyenaraikan dan menghuraikan jenis-jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian
    (kawasan gurun)
c. menyatakan konsep pencemaran alam sekitar dengan tepat dan jelas
d. menyenaraikan jenis-jenis pencemaran
e. menghuraikan punca pencemaran alam sekitar di kawasan gurun
f. menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar
g. mencadangkan langkah mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar

4.0 Kawasan Kajian
pelajar boleh ceritakan tentang kawasan gurun iaitu kawasan kajian kamu seperti:
a. bentuk muka bumi contohnya kawasan gurun bertanah pamah atau beralun berdekatan dengan 
    gunung jerai dan sebagainya.
b. sejarah gurun juga boleh dimasukkan
c. aktiviti ekonomi kawasan gurun iaitu pekerjaan yang dijalankan penduduk kawasan gurun.
d. selain itu, kmu juga boleh masukkan jarak yaang menghubungkan kawasan gurun dengan 
    bandar-bandar seperti sungai petani dan alor star.

4.1 Peta kajian
pelajar boleh cari di internet peta kawasan gurun. dan pastikan peta tersebut kamu buat bingkai,
 ada arah mata angin, tajuk, dan petunjuk.

4.2 Peta lakar
Pelajar perlu melukis sendiri peta lakar ini dan sesiapa yang pandai menggunakan komputer untuk
 melakar boleh teruskan usaha anda. Peta lakar ini perlu ada tajuk, bingkai, arah mata angin, 
  petunjuk, simbol piawai dan kekemasan.

Peta ini di lukis hanya kawasan kajian.misalnya kawasan kajian kamu gurun dan kamu boleh memilih 
untuk melukis dari trafik lite gurun hinggalah ke kawasan sekolah..

Boleh rujuk saya untuk lebih maklumat..................................Bersambung..............