Sunday 29 July 2012

~taburan penduduk~


Taburan Penduduk Negara Malaysia
  1. Jumlah penduduk Negara Malaysia kira-kira 23 juta orang.
  2. 79.7% tinggal di Semenanjung Malaysia, 11.4% di Sabah dan 8.9% diSarawak.
  3. Taburan penduduk di Malaysia dibahagikan kepada berpendudukan padat, berpenduduk sederhana dan berpenduduk jarang.
Kawasan Berpenduduk Padat

  1. Kawasan berpenduduk padat di Malaysia adalah kawasan yang mempunyai lebih daripada 200 orang sekilometer persegi.
  2. Kawasan ini terdapat di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysiaterutama di Bandar-bandar besar, dataran dan delta sungai.
  3. Kawasan ini menyediakan pelbagai kemudahan awam dan perkhidmatan. Contoh- hospital, institut pengajian tinggi
  4. Contoh kawasan- Lembah Klang, Lembah Kinta, Pulau Pinang, Seberang Perai, Dataran Kedah-Perlis, Seremban, Melaka(Semenanjung Malaysia).
  5. Kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia, kawasan tumpuan penduduk di dataran dan delta subur spt Dataran Kelantan, Dataran Terengganu.
  6. Di Sarawak, tumpuan penduduk di sekitar Kuching, Sarikei dan Sibu.
  7. Di Sabah, pendudk bertumpu di sekitar Kota Kinabalu.
Kawasan Berpenduduk Sederhana

  1. Kawasan berpenduduk sederhana mempunyai 50 hingga 200 orang sekilometer persegi.
  2. Contoh- kawasan kaki bukit atau luar Bandar.
  3. Kemudahan awan, infrasturktur dan perkhidmatan disediakan di kawasan ini.
  4. Jenis taburan penduduk ini juga terdapat di kawasan pertanian, perikanan dan pekan-pekan kecil.
  5. Contoh kawasan:
a)      Beberapa bahagian dataran pantai barat spt Kulim, Jitra, Teluk Intan, Sepang, Port Dickson, Jasin, Muar.
b)      Bachok, Kelantan, Marang dan Kuala Berang di Terengganu dan Jerantut serta Sungai Pahang di Pahang di SemenanjungMalaysia.
c)      Lembah Sungai Rajang, Lembah Sungai Baram, Sibu, Bintulu, Miri, Samarahan, Sri Aman, dan Liambang di Sarawak.
d)      Lembah Sungai Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Semporna, Tuaran dan Keningau di Sabah.
e)      Kawasan rancangan kemajuan tanah spt Jengka Tiga Segi, Pahang Tanggara, Johor Tenggara, Kelantan Selatan.

Kawasan Berpenduduk Jarang

  1. Kawasan berpenduduk jarang mempunyai kurang daripada 50 orang sekilometer persegi.
  2. Contoh- kawasan pedalaman, kawasan tanah tinggi yg berhutan tebal spt kawasan di pedalaman Sabah dan Sarawak.
  3. Kawasan berpaya juga berpendudk jarang spt di Tasik Chini dan Tasik Bera, Pahang.

Kepadatan Penduduk

  1. Merujuk kepada bilangan penduduk yang terdapat dalam satu kilometer persegi.
  2. Formula mengira kepadatan penduduk:

    Jumlah penduduk
     Kepadatan Penduduk= ----------------------
                                 Keluasan

Tuesday 24 July 2012

~hutan hujan tropika~

Hutan Hujan Tropika1. Jenis hutan yang paling luas di Malaysia.
2. Hutan hujan tropika terdapat di kawasan pedalaman dan kaki bukit kurang daripada 1 200 meter.
3. Antara ciri-ciri utama hutan hujan tropika ialah:
a. Malar hijau. (Tumbuh-tumbuhan yang sentiasa menghijau sepanjang tahun kerana tiada musim luruh yang nyata).
b. Hutan padat dengan pelbagai jenis flora dan fauna
c. Tumbuh bercampuk aduk (banyak spesies) dan bukan berdirian tulen
d. Terdapat empat lapisan hutan yang nyata, iaitu:i. Lapisan renjong atau emergen (melebihi 40 meter)
ii. Lapisan kanopi atau silara( 20 – 40 meter)
iii. Lapisan tengah(10 - 20 meter)
iv. Lantai hutan(kurang 10 meter)







Empat lapisan yang terdapat di hujan tropika
(Sumber: Buku teks Geografi Tingkatan 1)

Lapisan renjong atau emergen·
-Lapisan teratas Ketinggian pokok antara 40 – 50 meter.
-Pokok berakar banir untuk menyokong batang yang tinggi
-Pokok tumbuh lurus dan tinggi. Contoh: Cengal, kapur, kempas, senduduk, tualang, mersawa dan meranti.
-Contoh hidupan liar: Burung kakak tua, Kelawar, Burung Layang-layang


Lapisan kanopi atau silara Ketinggian pokok antara 20 – 40 meter
-Pokok tumbuh rapat dan padat untuk membentuk kanopi yang tebal yang menghalang cahaya matahari sampai ke lantai hutanContoh: kedondong, kandis, penarahan dan kelat
-Contoh hidupan liar: Tupai, Burung, Kera, Kongkang,

Lapisan tengah- Ketinggian pokok antara 10 – 20 meter
Pokok-pokok kecil dan sederhana padat
-Tumbuhan utama ialah epifit dan parasit.
-Epifit ialah tumbuh-tumbuhan yang menumpang di pokok-pokok lain seperti paku langsuyar dan paku tanduk rusa.
-Parasit pula tumbuh-tumbuhan yang hidup pada pokok lain dan mendapatkan makanan daripadanya (air, garam dan mineral) seperti orkid.
-Terdapat juga tumbuhan liana iaitu sejenis tumbuhan yang memanjat pokok lain bagi mendapatkan cahaya matahari seperti rotan.
-Contoh hidupan liar: Lotong, Orang utan, Katak pokok, musang, harimau bintang, tupai pinang, tenggiling

Lantai hutan Ketinggian pokok kurang daripada 10 meter.
-Tumbuhan jarang kerana kurang mendapat cahaya matahari seperti pokok renek, semak samun dan pokok herba kecil.
-Terdapat tumbuhan saprofit (memakan bahan reput) seperti kulat dan cendawan.
-Contoh hidupan liar: Rusa, memerang, cipan/tapir, landak, seladang, beruang, harimau, gajah dan ular

~hutan pantai~


Hutan Pantai

1. Hutan pantai banyak terdapat di kawasan pantai yang berpasir.

2. Kawasan yang terdapat hutan pantai ialah:

a) Pantai Cahaya Bulan di Kelantan
b) Pantai Batu Ferrengghi di Pulau Pinang
c) Pantai Desaru di Johor
d) Pantai Tanjung Rhu di Pulau Langkawi
e) Pulau Sipadan di Sabah

3. Pelbagai jenis tumbuhan hidup di kawasan pantai seperti pokok ru, pokok kelapa, laut, pokok jemerlang laut dan pokok bebaru dan pokok menjalar seperti pokok tapak kuda. Terdapat juga pokok renek seperti pokok bintangor laut, pokok kelat jambu laut dan pokok mengkuang.


4. Ciri-ciri utama tumbuhan hutan pantai ialah:

a) Pokok-pokoknya mempunyai ketinggian yang berbeza-beza
b) Mempunyai rimbunan daun yang tebal dan lebar
c) Daun berbentuk silinder seperti pokok ru
d) Batang pokok lurus dan tinggi seperti pokok ru
e) Kulit batang pokok kasar dan mempunyai rekahan cetek seperti pokok ru, kelat jambu laut dan pokok dungun
f) Akar yang merebak dan menjalar jauh kedalam tanah seperti pokok tapak kuda
g) Tumbuhan semula jadi berbeza mengikut jarak dari laut

Profil hutan pantai

5. Antara hidupan liar yang terdapat di hutan pantai ialah kera, ular, biawak, tupai, burung dan serangga.



~hutan gunung~


Hutan Gunung

1. Tumbuh di kawasan tanah tinggi melebihi 1 200 meter.

2. Antara kawasan diliputi hutan gunung ialah:
a) Gunung Kinabalu di Sabah
b) Gunung Tahan, Bukit Fraser, Tanah Tinggi Cameron di Pahang
c) Gunung Jerai di Kedah

3. Tumbuhan semula jadi di kawasan gunung berbeza-beza mengikut ketinggian kawasan. Semakin tinggi kawasan itu, semakin jarang tumbuh-tumbuhan yang terdapat di kawasan tersebut.


4. Di kawasan ketinggian antara 1 200 hingga 1 800 meter:

a) Hutan montane bawah atau hutan daun luruh (pokok oak dan laurel). Tumbuh-tumbuhan terdiri daripada jenis konifer dan oak gunung.
b) Terdapat pokok epifit seperti orkid dan paku langsuyar.
c) Hidupan liar seperti kongkang, musang, kucing batu, harimau dahan, ungka, binturong, katak, burung dan serangga.
5. Di kawasan ketinggian antara 1 800 hingga 2 900 meter:

a) Ditumbuhi hutan montane atas seperti pokok-pokok daun tirus seperti pokokpainsprus dan gelam gunung.
b) Terdapat pokok kera, pokok rhododendron dan Rafflesia.
c) Hidupan liar seperti beruang, ferret-badger, tikus, serangga dan burung.

6. Di kawasan ketinggian antara 2 900 hingga 3 500 meter:

a) Ditumbuhi tumbuhan hampir alpain atau sub-alps iaitu hutan campur jenis pokok kerdil dan rumput.
b) Terdapat pokok renek konifer, rumput jenis red sanicleBornean eyebright, Low’s Buttercup dan periuk kera.
c) Hidupan liar seperti tupai, tikus, burung dan serangga


7. Di kawasan ketinggian melebihi antara 3 500 meter:

a) Ditumbuhui tumbuhan alpain atau alps (pokok kerdil, paku pakis, kulampair dan lumut).
b) Terdapat pokok semak samun renek seperti rhododendron, rumput dan orkid.
8. Tumbuhan hampir alpain dan tumbuhan alpain hanya terdapat di Gunung Kinabalu, Sabah.