Monday 4 April 2011

Lembu keluar susu manusia

Saintis ubah ternakan secara genetik 

LONDON: Saintis sudah mencipta ternakan yang diubah secara genetik yang menghasilkan susu 'manusia' dalam cubaan menjadikan susu lembu lebih berkhasiat.Saintis memperkenalkan gen manusia ke dalam 300 lembu tenusu untuk menghasilkan susu dengan khasiat sama seperti susu ibu.
Susu ibu mengandungi kuantiti tinggi nutrisi penting yang membantu menaikkan sistem pertahanan badan bayi dan mengurangkan risiko jangkitan. 

Saintis di balik penyelidikan itu percaya susu dari ternakan lembu yang diubah suai secara genetik mungkin menghasilkan satu alternatif terhadap susu ibu dan susu formula untuk bayi, yang sering dikritik sebagai bermutu rendah. 

Mereka berharap produk tenusu diubah secara genetik dari ternakan lembu akan tidak lama lagi dijual di pasar raya. 

Hasil kerja itu kemungkinan mencetuskan bantahan terhadap makanan berasaskan pengubahsuaian genetik (GM). Pengkritik teknologi itu dan kumpulan kebajikan haiwan memberi reaksi berang terhadap penyelidikan terbabit, mempersoalkan keselamatan susu daripada haiwan yang diubah suai secara genetik dan kesannya terhadap kesihatan ternakan. 
Namun Profesor Ning Li, saintis yang mengetuai penyelidikan dan pengarah Makmal Utama Negeri untuk Bioteknologi Agro di Universiti Pertanian China menegaskan susu GM selamat seperti susu daripada lembu tenusu biasa.(http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lembukeluarsusumanusia/Article/index_html)

Banjir di Thailand

Beribu-ribu penduduk 10 wilayah terjejas 
BANGKOK: Banjir yang melanda 10 wilayah di selatan Thailand sejak beberapa hari lalu setakat ini mengorbankan 40 orang dan beribu-ribu lagi terpaksa tinggal di tempat perlindungan sementara.

Hujan lebat lebih dari seminggu, yang biasa terjadi dalam bulan paling panas, mengakibatkan banjir di 10 daripada 77 wilayah Thailand.Air banjir menenggelamkan kediaman, menyebabkan tanah runtuh dan menenggelamkan jalan, serta menghanyutkan jambatan. 
"Sehingga semalam jumlah korban adalah 17 orang di wilayah Nakhon Si Thammarat, 10 orang di Surat Thani, 7 orang di Krabi dan masing-masing 3 orang di Phatthalung Chumphon dan Trang," kata jabatan pencegahan bencana. (sumber : berita harian 04/04/2011)

PENDUDUK menggunakan sampan di jalan raya di  Phunpin, wilayah Surat Thani yang dilanda banjir   sejak beberapa hari lalu.

Sunday 3 April 2011

gempa bumi

  • gempa bumi merupakan proses semulajadi berlaku disebabkan oleh pergerakan plat tektonik iaitu sempadan kepingan tektonik beralih dan mengubah permukaan. Pergerakan bahagian luar lapisan batuan bumi menghasilkan gegaran bumi. Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala Richter. Gempa bumi ini boleh digredkan satu hingga sembilan berdasarkan saiznya berdasarkan skala Richter. Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran Skala Mercalli. Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu kuat untuk membolehkan kita merasainya.
  • Tenaga ini disalurkan ke permukaan bumi menyebabkan gelombang gempa bumi. Kajian sains mengenai gempa bumi dan gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari perkataan Greek seismos, untuk menggoncang).(wikipedia)
  • Gempa bumi berlaku setiap hari di bumi, namun kebanyakannya adalah kecil dan tidak menyebabkan apa-apa kerosakan. Gempa bumi kecil juga akan mengiringi gempa bumi besar, dan boleh berlaku sama ada sebelum atau selepas gempa bumi besar tersebut. Ia dipanggil gempa susulan.
    Ahli seismologi mengkaji bahagian gempa bumi seperti geseran pada garisan memanjang yang mengakibatkan gempa bumi, apa-apa yang berlaku pada permukaan bumi, cara tenaga bergerak dari dalam bumi ke permukaan bumi dan cara tenaga ini menyebabkan kemusnahan.
    Dengan mengkaji bahagian dan proses pembentukan gempa bumi, ahli seismologi mengetahui kesan dan cara meramal kemunculan agar kemusnahannya tidak begitu ketara.

                                                                     anatomi gempa bumi